Wednesday, April 2, 2008

Strategi Skor A Matematik UPSR

Langkah Meningkatkan Prestasi Calon UPSR

* Banyakkan latihan sendiri di rumah dan secara konsisten.

* Beri tumpuan kepada Kertas II, ini banyak membantu untuk memperolehi markah yang baik.

* Wujudkan kumpulan perbincangan yang sesuai dan berdaya gerak. Di sini sebarang masalah dapat dibincangkan secara bersama. Pelajar lemah dan cemerlang saling mendapat manfaat.

* Menjawab dan mengkaji soalan-soalan UPSR tahun-tahun lepas bagi memahami dan memahirkan diri dengan soalan beraras tinggi. Pastikan soalan tersebut dijawab dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

* Mengenal pasti bidang-bidang kelemahan diri sendiri dengan membuat analisa sendiri setiap kali selepas ujian diadakan.

* Memberi tumpuan kepada bidang kelemahan yang telah berjaya dikesan, dengan cara memperbanyakkan latihan bahagian yang lemah tersebut, lebih daripada bahagian yang cemerlang.

* Biasakan bertanya guru berkenaan bila menghadapi masalah pembelajaran. Matematik adalah mata pelajaran dimana murid memang perlu bertanya bagi mengatasi masalah tertentu. Perkara ini lebih menonjol dibandingkan mata pelajaran lain. Murid yang tidak bersedia berbuat demikian akan menambah koleksi masalah ketidak fahamannya dalam mata pelajaran ini. Ini akan membawa kepada kegagalan dalam peperiksaan

* Pupuk minat terhadap mata pelajaran ini. Latih diri agar sentiasa ingin cabaran dalam menyelesaikan masalah matematik. Cuba setiap hari selesaikan satu atau dua soalan sukar tanpa arahan guru. Kepuasan akan dapat dirasakan jika kita dapat menyelesaikannya. Apa yang murid harus tahu ialah, tahap kepuasan akan lebih tinggi bila soalan yang dijawab adalah lebih sukar. Tidak secara langsung motivasi diri akan terbina.

No comments: