Wednesday, April 2, 2008

Strategi Skor A Matematik UPSR

Langkah Meningkatkan Prestasi Calon UPSR

* Banyakkan latihan sendiri di rumah dan secara konsisten.

* Beri tumpuan kepada Kertas II, ini banyak membantu untuk memperolehi markah yang baik.

* Wujudkan kumpulan perbincangan yang sesuai dan berdaya gerak. Di sini sebarang masalah dapat dibincangkan secara bersama. Pelajar lemah dan cemerlang saling mendapat manfaat.

* Menjawab dan mengkaji soalan-soalan UPSR tahun-tahun lepas bagi memahami dan memahirkan diri dengan soalan beraras tinggi. Pastikan soalan tersebut dijawab dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

* Mengenal pasti bidang-bidang kelemahan diri sendiri dengan membuat analisa sendiri setiap kali selepas ujian diadakan.

* Memberi tumpuan kepada bidang kelemahan yang telah berjaya dikesan, dengan cara memperbanyakkan latihan bahagian yang lemah tersebut, lebih daripada bahagian yang cemerlang.

* Biasakan bertanya guru berkenaan bila menghadapi masalah pembelajaran. Matematik adalah mata pelajaran dimana murid memang perlu bertanya bagi mengatasi masalah tertentu. Perkara ini lebih menonjol dibandingkan mata pelajaran lain. Murid yang tidak bersedia berbuat demikian akan menambah koleksi masalah ketidak fahamannya dalam mata pelajaran ini. Ini akan membawa kepada kegagalan dalam peperiksaan

* Pupuk minat terhadap mata pelajaran ini. Latih diri agar sentiasa ingin cabaran dalam menyelesaikan masalah matematik. Cuba setiap hari selesaikan satu atau dua soalan sukar tanpa arahan guru. Kepuasan akan dapat dirasakan jika kita dapat menyelesaikannya. Apa yang murid harus tahu ialah, tahap kepuasan akan lebih tinggi bila soalan yang dijawab adalah lebih sukar. Tidak secara langsung motivasi diri akan terbina.

LATIHAN 2 (Kertas 2)

SOALAN LATIHAN UPSR MATEMATIK
( Kertas 2)
Masa: 1 jam
Set 1

Arahan: Jawab semua soalan

1. 999 000 - 38 277 =

Jawapan: ..........................
____________________________________________________________

2. 601+3245+18=

Jawapan: ..........................
____________________________________________________________

3. 302 X 12=

Jawapan: ..........................
____________________________________________________________

4. 48/100 =
Jawapan: ..........................
____________________________________________________________
5. 5 biji durian berharga RM 75.00. Berapa biji duriankah dapat dibeli dengan wang RM 165?

Jawapan: ..........................
____________________________________________________________
6. 3/4 - 5/8 =

Jawapan: ............................
____________________________________________________________
7. 5.406 + 1.73 =

Jawapan: ............................
____________________________________________________________

8. Lukiskan jarum pada muka jam di bawah ini bagi menunjukkan pukul 5.45 petang?

Jawapan: ............................
____________________________________________________________

9. 2/100 - 1/1000

Jawapan: ............................
____________________________________________________________

10. 75 sen x 400 =

Jawapan: ............................
____________________________________________________________

11. Sebuah bangunan mempunyai 23 buah tingkat. Jika ketinggian sebuah tingkat ialah 2.95 meter. Cari ketinggian bangunan itu?

Jawapan: ............................

12. Dalam ujian Bahasa Inggeris 45 orang murid lulus dan 15 orang lagi gagal. Peratus murid yang lulus ialah?

Jawapan: ............................

13. Kereta Encik Mus menggunakan 45 liter minyak petrol setiap 10 hari. Berapa literkah minyak petrol yang digunakan oleh Encik Mus pada bulan Jun?

Jawapan: .........

14. 3 jam 45 minit x 5 =

Jawapan: ............................

15. Salmah mendapati gajinya pada bulan Julai naik 20%. Gaji pada bulan lepas ialah RM 900. Berapakah gaji barunya?

Jawapan:.............................

16. 326 × 40 + 16=

Jawapan: ............................

17. Hasil tambah 3 nombor ialah 19.04. Jika 2 daripada nombor itu ialah 8 dan 0.56. Apakah nombor yang satu lagi?

Jawapan:

18. 3kg 850g + 2.05kg =

Jawapan: ............................

LATIHAN 1(Kertas 2)

SOALAN LATIHAN UPSR MATEMATIK
( Kertas 2)
Masa: 1 jam
Set 1


Arahan: Jawab semua soalan

1. 45 Puluh - 37 =

2. RM 4848 ÷ 12 =

3. 109cm × 28=

4. 4kg 80g ÷ 5 =

5. Berapa buahkah buku tulis yang dapat dibeli dengan wang RM 8.10, jika harga sebuah buku tulis itu RM 0.45?

6. 4 5/6 - 2 2/3=

7. 45 - 24.15=

8. Jarak antara dua tiang lampu di jalan raya ialah 50 meter. Jika panjang jalan raya itu 350 meter, berapakah tiang lampu yang ada di sepanjang jalan raya itu?

9. 5 helai baju berharga RM 125. Berapakah harga bagi 8 helai baju yang sama jenis?


10. 2 jam selepas pukul 12 suku ialah


11. Zali ada 3 ikat rambutan dan setiap ikat mempunyai 60 biji. Dia berikan kepada kawannya sebanyak 48 biji. Berapakah bijikah rambutan Zali sekarang?

Jawapan:.............................


12. 24 cm 9 mm didarabkan dengan 5 sama dengan


Jawapan:............................. cm mm


13. 3.76 + 8 - 2.05=


Jawapan:..............................


14. 10% daripada 500 + 25% daripada 100 =


Jawapan:..............................


15. Apabila satu nombor dibahagikan dengan 7 menghasilkan 953 baki 3. Apakah nombor itu?



Jawapan:..............................


16. Berapakah jumlah setem bernilai 30 sen dapat diperoleh dengan wang RM 13.50?


Jawapan: .............................